Saya tak berapa faham tentang cara perjalanan politik negara kita, kerana saya bukan kaki politik fulltime. saya cuma mengikuti setiap pergerakan politik melalui media massa dan elektronik. Semenjak tahun 1990an sehinggalah ke saat ini, 2011 saya melihat bahawa politi kita semakin menunjukkan kematangan yang sangat menggerunkan. Pada masa negara-negara jiran kita begitu bertungkus lumus membangunkan negara dan memberikan suasana yang seaman mungkin kepada rakyatnya, kita pula semakin diberikan hiburan dalam bentuk yang sangat negatif. Tayangan Video Lucah semakin senang dilakukan. Sedangkan dalam undang-undang sedia ada, jangankan menayangkan, memilikinya pun sudah didapati bersalah, sekiranya didapati. Ramai kawan-kawan saya sangat gusar akan perkara seumpama ini, lebih-lebih lagi ana-anak kami sedang membesar dalam suasana yang sangat gawat moral. Sopan santun dan saling menghormati sudah semakin terhakis. sesama bangsa saling menjatuhkan dengan cara saling menghancurkan nilai-nilai maruah.


Saya tidak menyokong mana-mana pihak! kerana saya bukan orang terkenal, berpengaruh dan berkepentingan. Tetapi saya cukup kesal kerana untuk sesuatu impian, maka harus mengorbankan antara sesama. Saya masih ingat akan pesanan ibu saya sebelum dia meninggal dunia pada 10 tahun yang lalu. " Kalau nakkan orang menghormati kita, kita terlebih dahulu menghormati orang lain" dan bapa saya sebelum meninggal 8 tahun yang lalu, dia berkata semasa ami sedang membajak sawah dengan kerbau, " Perbuatlah kepada orang lain sebagaimana engkau suka orang lain lakukan terhadap dirimu. Kalau kau suka dirimu dihormati, hormatilah orang itu terlebih dahulu, kalau kau suka orang lain memusuhi mu, bermusuhlah dengan nya terlebih dahulu."

Sekarang ini, kerana kepentingan dan agenda sendiri, maka seseorang itu sanggup mencantas, malahan menghancurkan masa depan orang lain. Dimanakah lagi nilai nilai murni, adat kesopanan dan saling menghormati yang di diturunkan dari generasi ke generasi? Apakah pepatah ini semakin hilang dalam ingatan dan diari kita sebagai Anak Bangsa yang kaya dengan budaya saling menghormati, " Biar Mati Anak Jangan Mati Adat".

Marilah sama-sama membina matlamat masing-masing tanpa mencederakan perasaan, hati dan mencelarkan maruah orang lain. Sesungguhnya apa yang engkau telah lakukan terhadap sahabat atau saudaramu itulah juga yang Tuhan akan lakukan terhadapmu.

Salam Perdamaian.


Read more...

chat


ShoutMix chat widget

Followers