Salam Para Sahabat.
Sudah sekian lama saya tidak update blog saya ini kerana kesibukan sebagai seorang pekerja yang berbakti kepada negara Malaysia yang tercinta ini. kali ini atas kesempatan yang sangat bermakna ini, ditambah lagi dengan kehadiran PR Sarawak yang semakin hampir, maka saya tergerak untuk meluahkan pendapat tentang setuasi semasa ( mengikut pengamatan saya). Pada PR kali ini, saya melihat ada beberapa perubahan yang sangat ketara, di mana ahli-ahli politik semakin agrasif untuk menyatakan pendirian masing-masing. saya tidak berkata tentang sebelah pihak tetapi secara umum. banyak agenda dan isu-isu yang panas sedang dan akan tersebar luas. Kebetulan pula saya ada 2 orang kawan rapat yang bakal bertanding. saya secara peribadi memang kagum dengan penampilan beliau, apa lagi berlatar belakangkan undang-undang ( peguam). Dimana pun parti yang mereka wakili itu tidak penting bagi saya, yang penting ialah mereka mengotakan dan bertanggungjawab terhadap amanah yang telah diberikan oleh rakyat ( sekiranya bergelar YB ). Saya tidaklah terlalu mengharap sangat agar mereka belanja saya minum teh tarik, sebab saya tahu YB ini bukan seorang yang boleh duduk diam dan mempunyai masa yang banyak untuk bersembang di kedai kopi sepertyi sebelum menjadi YB. Cuma harapan saya, agar mereka Takut kepada Tuhan dalam menjalankan tugas dan amanah sekiranya bergelar YB. sekiranya tidak, maka teruskan berkhidmat kepada rakyat di mana yang telah diwakilinya ( walaupun kalah). Apa-apa pun, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat mencuba untuk menjadi YB. kepada yang dah bergelar YB, selamat mempertahankan YB.
Sekian dari saya.