salam kepada semua Pengunjung

Sebelum itu, Pihak JCFM IT sangat-sangat memohon maaf kepada para pembeli produk JCFM.
Tanpa kami memberitahu, tuan puan telah menghadapi kesulitan untuk membuka VCD/DVD yang telah dikeluarkan oleh JCFM IT.

Ini kemungkinan kerana pengupdetan IT kami dari lama ke yang baru tetapi bukan yang terkini. Ini bagi mengelakkan pencetakan rompak yang seminima mungkin. Sekarang ini JCFM IT sedang mencuba satu lagi software yang mana akan menjadikan pada bahagian antara 35 minit dan 45 minit akan terhenti seketika iaitu dalam masa 2 ke 3 saat. VCD/DVD itu sebenarnya tidak mengalami kerosakan tetapi kekunci anti cetak rompak telah diletakkan dalam tempat itu. Sekiranya VCD/DVD itu akan dicetak rompak maka kekunci anti cetak rompak itu akan dengan secara automatik akan berfungsi, sehingga pada cetakan itu akan mengalami masalah sekiranya dimainkan.

TIDAK DAPAT DIMAINKAN / VCD/DVD PLAYER TIDAK DAPAT MEMBACA

Sekiranya tuan/puan mendapati bahawa vcd/dvd yang telah tuan puan beli secara terus daripada JCFM It atau pada para agent kami di seluruh Malaysia, tidak dapat dibaca oleh vcd/dvd player tuan puan, tuan puan perlu menekan tombol nombor 1 pada remort vcd/dvd player. Ini terjadi kerana kemungkinan VCD/DVD Player yang tuan-puan miliki mempunyai MZ yang rendah atau tinggi daripada speed yang kami tetapkan dalam VCD/DVD keluaran kami. VCD/DVD keluaran kami telah ditetapkan dengan kelajuan sederhana iaitu 24mz X 100/sec. Bagi VCD/DVD Player keluaran terkini ianya tidak menghadapi masalah untuk membaca format VCD/DVD kami tetapi, bagi VCD/DVD player keluaran di bawah tahun 2000 ia perlu diarah secara manual dengan menekan nombor 1 pada remort control VCD/DVD Player.

Kami berharap dengan pemberitahuan ini, tuan/puan dapat memainkan VCD/DVD keluaran kami tanpa ada masalah.

Tuhan Memberkati.

Melayani Selamanya.


Read more...

Bertemakan BORNEO MAMARAYAU KINOROHINGAN,
sedang dalam penyusunan lagu-lagu.
Album ini mengandungi pelbagai bahasa iaitu;
Rungus, Murut, Dusun dan Bahasa Malaysia. Dijangka akan menemui anda di pasaran dalam penghujung tahun ini atau selewat-lewatnya bulan april 2011. apa-apa pun doakan kami supaya dapat melakukan yang terbaik. semua lagu adalah ciptaan anak-anak Tuhan di beberapa buah gereja seperti SIB Shah Alam, SIB Wangsa Permai dan SIB Subang Jaya.
Album ini berkonsepkankan Hilsong. Semua arrangenment adalah daripada orang-orang tempatan sendiri. Memang ada beberapa orang yang meragui kemampuan kami tapi Puji Tuhan, kami dikuatkan dan didorong terus untuk menghasilkan lagu-lagu Pujian dan Penyembahan dalam rentak Sumazau dan rentak slow rock dengan bahasa tempatan.
Doakan kami..

Puji Tuhan.


Read more...

Salam para sahabat bloger.

31-8-2010 merupakan tarikh yang sungguh bermakna sekali kepada kita semua, warga Malaysia. Kita akan menyambut Kemerdekaan kali ke 53. kali ini akan berlangsung dalam suasana yang sungguh meriah lebih-lebih lagi pada kali ini kita akan menyambut Merdeka ini dalam suasana menuju Aidilfitri. Namun secara peribadi, saya sangat sedih kerana terdapat negara yang melakukan perbuatan tidak menghormati jalur gemilang. dengan penuh emosi mereka memijak dan membakarnya. Sedangkan kita dalam apa pun setiuasi, menghadapinya dengan penuh setia kawan dan dengan saling hormat menghormati dan toleransi, selaras dengan cara kita mendapatkan kemerdekaan.

Apa pun, saya menyeru sebagai seorang warga negara yang berdaulat, Kita jangan sesekali mencontohi perbuatan melampau mereka. sebaliknya marilah kita, tanpa mengira kaum dan agama mengambil kesempatan ini untuk berdoa bagi Negara kita dan para pemimpin negara supaya Tuhan melindungi Negara kita daripada perbuatan jahil dan Pemimpin kita diberikan ilmu, hikmat dan kebijaksanaan untuk mentadbir negara sehingga menjadi sebuah negara yang aman, maju dan bertamadun tetapi dengan acuan kita sendiri iaitu; saling hormat menghormati, setia kawan dan bertolak ansur antara sesama.

Selamat Hari Merdeka dan Selamat Hari raya Aidilfitri.


Read more...

Gabungan pelayanan pujian dan penyembahan antara AFG Wangsa Permai dan PPP Shah Alam.
Bonus: Lakonan sketsa Pemuda bernama David daripada peserta Konferensi PPP Zon 1.

Sila dapatkan melalui Juru jual di gereja anda masing-masing atau menghubungi kami

email: jcf0108@yahoo.com
tel: 013 6651218

setiap satu berharga RM 10.00
Format : Video CD


Read more...

Shallom para pengunjung...

Bermula malam sabtu ( 31.07.10 ) Unit JCFM Entertinment dengan Unit JCFM IT mulai sibuk untuk menyusun muzik dan lagu-lagu untuk dirakam dalam bentuk VCD. Setakat ini sudah 4 buah lagu daripada pelbagai bahasa telah berjaya diedit dan sedang dalam penyusunan muzik. JCFM seterusnya akan membuat penggambaran video clip untuk 2 buah lagu iaitu dalam bahasa Rungus dan Bahasa Dusun di Kampung Orang Asli. Kami sangat-sangat berharap akan dapat menghasilkan 1 album karaoke Rohani pelbagai bahasa selewat-lewatnya penghujung bulan November ini, supaya album ini boleh dijadikan sebagai hadiah teristimewa sempena Hari Natal nanti.

Doakan kami.


Pengarah
JCFM Enterprise.


Read more...

chat


ShoutMix chat widget

Followers