Salam para sahabat bloger.

31-8-2010 merupakan tarikh yang sungguh bermakna sekali kepada kita semua, warga Malaysia. Kita akan menyambut Kemerdekaan kali ke 53. kali ini akan berlangsung dalam suasana yang sungguh meriah lebih-lebih lagi pada kali ini kita akan menyambut Merdeka ini dalam suasana menuju Aidilfitri. Namun secara peribadi, saya sangat sedih kerana terdapat negara yang melakukan perbuatan tidak menghormati jalur gemilang. dengan penuh emosi mereka memijak dan membakarnya. Sedangkan kita dalam apa pun setiuasi, menghadapinya dengan penuh setia kawan dan dengan saling hormat menghormati dan toleransi, selaras dengan cara kita mendapatkan kemerdekaan.

Apa pun, saya menyeru sebagai seorang warga negara yang berdaulat, Kita jangan sesekali mencontohi perbuatan melampau mereka. sebaliknya marilah kita, tanpa mengira kaum dan agama mengambil kesempatan ini untuk berdoa bagi Negara kita dan para pemimpin negara supaya Tuhan melindungi Negara kita daripada perbuatan jahil dan Pemimpin kita diberikan ilmu, hikmat dan kebijaksanaan untuk mentadbir negara sehingga menjadi sebuah negara yang aman, maju dan bertamadun tetapi dengan acuan kita sendiri iaitu; saling hormat menghormati, setia kawan dan bertolak ansur antara sesama.

Selamat Hari Merdeka dan Selamat Hari raya Aidilfitri.

0 comments:

Post a Comment

chat


ShoutMix chat widget

Followers