Shallom para pengunjung...
Bermula malam sabtu ( 31.07.10 ) Unit JCFM Entertinment dengan Unit JCFM IT mulai sibuk untuk menyusun muzik dan lagu-lagu untuk dirakam dalam bentuk VCD. Setakat ini sudah 4 buah lagu daripada pelbagai bahasa telah berjaya diedit dan sedang dalam penyusunan muzik. JCFM seterusnya akan membuat penggambaran video clip untuk 2 buah lagu iaitu dalam bahasa Rungus dan Bahasa Dusun di Kampung Orang Asli. Kami sangat-sangat berharap akan dapat menghasilkan 1 album karaoke Rohani pelbagai bahasa selewat-lewatnya penghujung bulan November ini, supaya album ini boleh dijadikan sebagai hadiah teristimewa sempena Hari Natal nanti.
Doakan kami.
Pengarah
JCFM Enterprise.