sepanjang bulan ini, tajuk yang paling hot dan top adalah mengenai cadangan perhimpunan BERSIH yang dijangka dilangsungkan pada 9.7.2011. Mujurlah pada masa tersebut saya bukan berada di Malaysia. Jadi saya hanya dapat mengikuti segala progaram itu melalui media massa. Persoalan di sini ialah, apakah perhimpunan seumpama ini perlu dilakukan atau diamalkan, setiap kali kerasa tidakpuasan hati rakyat atau "individu" terhadap sesuatu perlakuan atau "tuntutan". Apabila kita melihat seketika di negara sekeliling kita, rata-ratanya rakyat melakukan hal ini apabila sampai ke satu tahap, "mereka tidak dapat bersabar lagi". Namun dalam konteks negara berdaulat kita ini, apakah cara ini merupakan cara yang terakhir untuk meluahkan apa yang terbuku dihati?. Apak kita tidak dapat menunggu untuk 5 tahun untuk meluahkan perasaan itu melalui peti undi? Tetapi seandainya persoalan itu berhubungkait dengan peti undi, bagaimana pula keadaan kalbu dan sanubari mereka? Memang kita sebagai manusia, kita tidak terlepas daripada kesilapan, namun apabila ada pihak yang menyedarkan kita daripada kesilapan tersebut, adalah wajar untuk segera memperbaikinya. inilah yang mereka harapkan.


Bagi saya, entah benar atau tidak dakwaan mereka terhadap SPR itu, hanya SPR sahaja yang tahu. Kata orang kita boleh menipu semua orang tapi kita tidak dapat menipu hati nurani kita sendiri. Apa dakwakan itu yang mana terdapat sesuatu yang tidak kena dalam senarai daftar pemilih itu sebenarnya hanya pihak yang bertanggungjawab sahaja yang benar-benar tahu. Kita pula hanya berperasangka dengan berpandukan kepada kata orang bersama beberapa perkara kesilapan kecil dalam senarai pemilihan daftar.

Apa pun, kedua belah pihak ini perlulah menyelasaikan ketidak puasan hati ini secara bersemuka dan dengan sesi dialog dan rundingan setia kawan dan saling bantu-membantu supaya kata putus yang terbaik dapat dicapai sehingga menghasilkan satu sistem yang berwibawah dan bertanggungjawab. Ingat apa pun tindakan kita, kita harus ingat akan hal ini, jangan sampai anak-anak atau generasi kita akan datang seperti pelarian di negaranya sendiri. kerana ketaksuban kita untuk mendapatkan kuasa dan pangkat, maka kita lupa akan akibatnya.

Berwaspadalah dan renungkan kebaikan dan keburukannya terhadap setiap apa yang kita lakukan.

0 comments:

Post a Comment

chat


ShoutMix chat widget

Followers