Syukur yang tidak terhingga kepada Tuhan Yesus, Tuhan dan Juruselamat saya. Tuhan yang memberikan kepastian tentang keselamatan hidup di akhirat nanti. FirmanNya dalam Kitab Yohanes 3: 16, 36 adalah jelas dan nyata bahawa hanya di dalam Dia ada keselamatan yang PASTI iaitu Masuk ke dalam Syurga. Secara jujur dan dengan rendah hati, saya mengakuinya di sini bahawa, hanya DIA sahaja satu-satunya jalan yang disediakan kepada manusia untuk kembali kepada khaliknya; iaitu YESUS KRISTUS, JURUSELAMAT MANUSIA.


Pelayanan saya di Kisaran, iaitu 4 jam dari Medan dengan menaiki kenderaan adalah satu pengalaman yang sangat berguna dan tidak akan saya lupakan. saya melihat suku Batak dilawati oleh Roh Kudus; hidup mereka dibaharui, mereka mendapat kekuatan baru, mereka dikuatkan dengan Firman Tuhan.

2 Malam KKR yang di adakan di Se Alim dan Batu Bara, telah memperlihatkan bagaimana kehausan mereka tentang kebaikan Tuhan. Tanpa mengira denomenasi mereka berlutut dan menyembah Tuhan. Tangisan pertaubatan kedengaran disana-sini membuatkan saya juga turut dikuatkan dan didorong untuk terus menyatakan tentang kebaikan Tuhan.

Rancangan awal saya, sebelum terjun ke pelayanan ialah mengambil foto seberapa banyak yang boleh tetapi apabila berada di lapangan pelayanan, saya sudah tidak mengingatinya lagi. Saya begitu terharu dan dikuatkan atas kerendahan hati mereka dalam penyembahan akan Tuhan yang Benar.

Hari terakhir saya sempat mengajar secara singkat para bakal pastor mengenai strategik dan pelayanan menjangkau jiwa secara terbuka di GSJA. Terima kasih kepada Uncle Anthony dan beberapa hamba Tuhan di sana yang sudi menerima pelayanan kami. Kiranya Tuhan Yesus memberkati kalian semua.

Bersatu dalam Pelayanan, Bersekutu dalam Beban Lapangan.
Maranatha.

0 comments:

Post a Comment

chat


ShoutMix chat widget

Followers