Saat saya melihat anak ini masuk di ruangan dengan kursi roda oleh ibu bapanya, hati menjadi sahdu. Melihat keadaannya yang begitu menyayatkan hati, saya mengambil kesimpulan sendiri bahawa dia adalah seorang budak kecil yang begitu menderita. Selepas saya berkongsi sedikit pengelaman bagaimana Tuhan menyembuhkan saya, Keluarga ini tampil ke hadapan dan mula bersaksi. Perkataan pertama yang keluar daripada mulut si ayah ialah Puji Tuhan
Wahhh!!!
Dalam keadaan anaknya sedemikian rupa mereka kedua ibu bapa masih mampu mengungkapkan kata-kata seperti ini. Lalu mereka mulai bersaksi. sepanjang kesaksian mereka, saya teringatkan anak-anak di rumah, yang Tuhan telah berikan dengan cukup sempurna sekali namun jarang sekali saya berkata kepada Tuhan, "Syukur"

JESICA,

Dengan kesaksian imanmu yang seteguh batu karang di lautan, kami yang menyaksikannya sendiri telah dikuatkan kembali dan semakin berkobar-kobar dalam pelayanan. Terima kasih Jesica kerana memberikan kami semangat dan pemulihan iman semula.
Sesungguhnya kau tidak tersisih malahan hidupmu telah benar-benar menjadi terang dan garam bagi kami. Terima kasih Jesica.

Saudara sekalian, sejak bilakah kali terakhir anda mengucap syukur kepada Tuhan kerana dikuriakan anak yang sangat sempurna, sihat dan lincah!

VCD Kesaksian Jesica dan 2 orang ibu yang begitu tabah sekali menghadapi penderitaan sudah siap diedit. Anda boleh memperolehinya dengan membuat pesanan terus melalui Email.

" BAGAIKAN BATU KARANG DI LAUTAN"

0 comments:

Post a Comment

chat


ShoutMix chat widget

Followers