Shallom
Hari yang ditunggu-tunggu pada setiap tahun kini telah tiba. Seluruh suku kaum dan bangsa di Sabah dan Sarawak akan merayakannya dalam pelbagai suasana. Bagi yang tinggal di bandar, masa ini adalah kesempatan untuk kembali ke kampung bertemu dengan sanak saudara. Bagi mereka yang tinggal di kampung, masa inilah bagi mereka untuk berkumpul bersama-sama merayakan pesta ini dengan penuh kesyukuran.
Bagaimana pula kepada mereka yang tinggal di bandar terus kerana sudah tidak ada kampung? Heee kesihannya mereka, tetapi apa yang sangat penting ialah. Di manapun kita merayakan perayaan ini, apakah cara yang lakukan untuk merayakannya? Perayaan pada kali ini saya sangat pergunakan untuk menyatakan kebaikan Tuhan dalam hidupku. saya cuba untuk berkongsi kepada kawan-kawan tentang kebaikan Tuhan untuk sepanjang hidup selama 1 tahun. Dan pada kali ini, untuk mengenangkan kebaikan Tuhan dalam hidup, kami telah merancangkan satu konsert Pesta Kaamatan dan Gawai di gereja kami. Kami ingin memperlihatkan tentang pesta yang seharusnya kita laksanakan sebagai orang yang sentiasa menyedari bahawa, kita ada pada hari ini kerana Tuhan mengizinkan.
Oleh itu, mari bersama-sama dengan saya pada malam 28.5.2010 merayakan Pesta Kaamatan dan Gawai di Gereja SIB Wangsa Permai " The haverst of 10. yang bermaksud, Menuai tahun 2010.
Tuhan memberkati.
Gikal b. Samud