INIlah kali pertama saya akan menyambut Pesta Kaamatan dan Gawai di Luar Malaysia. Namun Kali ini saya akan merayakannya dalam suasana yang sangat berlainan daripada kebiasaannya. Bersama dengan warga Sabah dan Sarawak di perantauan untuk saling merasakan suasana perayaan itu menjadikan perayaan itu bagi saya sesuatu yang sangat istimewa sekali, lebih-lebih lagi apabila ada kesempatan untuk berkongsi Berita Baik kepada sahabat-sahabat yang tinggal di sana mencari rezeki.
Pada 30.5.2010 sesi pagi, saya akan berbicara tentang Umur @ Usia @ Age. Pembacaan utama ialah dalam Kej.5:1 - 31. Namun ini tidak akan dibaca keseluruhannya. Ayat ini saya gunakan untuk membuka minda dan kesedaran 100% sebelum menerangkan masage sebenar yang saya akan sampaikan iaitu 4 Hukum Rohani.
Pada sesi Petang, Pastor Alizan Leo akan menyambung ceramah dalam bentuk peneguhan. Beliau akan membawa para hadirin melihat keadaan hidup seterusnya selepas menerima pengelaman baru bersama Tuhan di sesi pertama.
Kepada Warga Sabah dan Sarawak yang berada di Singapura
saya ucapkan Selamat Pesta Kaamatan dan Gawai.
Segala Sesuatu Indah Pada Waktunya.
Salam dari saya
Gikal b. Samud