Salam para sahabat bloger.
Hari ini merupakan hari Ahad yang sangat memberkati. Sedar atau tidak hari demi hari umur kita semakin bertambah. Apabila saya melihat seorang budak kecil, timbul sedetik di hati saya, Alangkah indahnya menjadi seorang budak kecil. Saban hari kita semakin rindu untuk dikasihi, disayangi dan dibahagiakan. Seperti seorang budak kecil yang sentiasa ceria sepanjang masa, demikianlah hati kita sebenarnya merindukan saat-saat itu. Tetapi realitinya ialah semakin hari kita semakin menuju kedewasaan, justeru itu masalah semakin bertambah.

Kebahagiaan!
Idaman kepada semua orang di muka bumi ini. Tidak ada seorang pun yang tidak mendembakan kebahagiaan! Kalau sedetik pun kebahagiaan itu hadir itu sudah cukup untuk mengubati kekecewaan berabad lama.

Perkahwinan!
Setiap pasangan yang menuju ke alam pernikahan sudah semestinya dan pasti akan berkata demikian,"Saya pasti akan berbahagia sekiranya akan berkahwin dengan dia". Namun sementara dalam proses perjalan selepas pernikahan akan timbul pelbagai persoalan dan masalah yang timbul sehingga kita berkata pula,"Apakah saya tersalah pilih?".
Mengapakah persoalan ini timbul?
Kerana kita menuju ke alam perkahwinan dengan harapan supaya kita dibahagiakan.

Rahsia kebahagiaan Yang Sejati!
Jika anda berkahwin kerana ingin dibahagiakan dan mahu bahagia. Sebenarnya anda belum bersedia untuk berkahwin. sekiranya anda ingin berkahwin kerana mahu dicintai dan mahu sentiasa bersama dengan dia dalam kebahagiaan kerana dia akan memberikan kebahagiaan kepadamu, sebenarnya anda belum bersedia untuk berkahwin.

Hati Bapa!
Perkhwinan ialah saling memberi. Seperti Hati Bapa, Sedia membahagiakan pasangan tanpa mengharapkan dia memberikan pasangan. Mungkin ini pelik kepada anda tetapi hakikatnya ialah, sekiranya anda inginkan kebahagiaan maka terlebih dahulu anda sanggup memberikan kebahagiaan kepada pasangan anda itu tanpa mengharapkan dia membalaskan kebahagiaan itu.
Cintai dia dengan sepenuh hati tanpa menuntut pasangan anda untuk mencintai.

Sekiranya anda sentiasa menuntut kebahagiaan daripada pasangan tetapi anda sendiri tidak dengan rela memeberikan kebahagian itu kepadanya, maka anda akan berasa kecewa

0 comments:

Post a Comment

chat


ShoutMix chat widget

Followers